Dakwaan ADUN hilang kelayakan: Kerajaan negeri Selangor semak keperluan adakan PRK

KERAJAAN negeri Selangor sedang menyemak dakwaan berhubung seorang Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang dikatakan hilang kelayakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah menerima maklumat awal mengenai perkara itu dan akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sebelum tindakan lanjut diputuskan, termasuk jika ada keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Beliau berkata, perkara berkenaan dijangka dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijadual berlangsung pada 3 Ogos depan.

“Kita ada dapat sedikit maklumat mengenainya. Saya sedang menyemak dengan penasihat undang-undang dan kemungkinan Speaker akan memaklumkan perkara itu dalam sesi Dewan pada Isnin ini (3 Ogos).

“Kita perlu membuat pengesahan terhadap dakwaan berkenaan ataupun dakwaan mengenai keguguran atau kehilangan kelayakan seorang Ahli Dewan Negeri di Selangor,” katanya ketika ditemui selepas Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah malam tadi.

Menurut Amirudin, jika semakan mendapati wujud keperluan dari sudut perundangan untuk mengadakan PRK, perkara itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti ADUN yang dimaksudkan atau memperincikan bentuk dakwaan tersebut.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img