PRN Negeri Sembilan: SPRM terima 4 laporan, enggan dedah maklumat terperinci

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima empat laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat semalam, dengan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan pemberian wang tunai.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan calon, manakala dua lagi melibatkan pengundi awal.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya.

“Pihak kami telah mengarahkan penyiasatan dibuka. SPRM akan menyiasat untuk melihat dan mengkaji adakah pertamanya terdapat apa-apa unsur rasuah dan keduanya adakah boleh menjurus kepada kesalahan pilihan raya,” katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, SPRM akan meneliti setiap laporan secara menyeluruh sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan yang diterima semalam.

Abd Halim bagaimanapun enggan mendedahkan nilai wang tunai yang didakwa diberikan atau identiti calon serta parti politik yang dikaitkan dengan laporan berkenaan kerana siasatan masih berjalan.

“Tak boleh jawab. Kalau begitu, baik saya terus berikan nama calon,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan maklumat itu boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img