Di mana Nasrullah Shaari?

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu selepas kali terakhir dilihat berada di Dewan Perdana Kampung Baru, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Nasrullah Shaari, 36, dan laporan kehilangannya dibuat oleh ibu mangsa pada jam 9.26 malam Isnin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, kali terakhir mangsa dilihat kira-kira jam 2.15 petang Ahad ketika berada bersama ibunya di Dewan Perdana Kampung Baru.

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di Dewan Perdana Kampung Baru sebelum disedari hilang.

“Kali terakhir mangsa memakai baju berwarna oren dan seluar hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mempunyai ciri fizikal berkulit gelap, bertubuh kurus dan berketinggian kira-kira 152 sentimeter.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nasrullah supaya segera tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img