Sektor swasta perlu pacu pembiayaan pertumbuhan syarikat – MoF

SEKTOR swasta perlu memainkan peranan lebih besar dalam membiayai pertumbuhan syarikat bagi memperkukuh pelaburan serta meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan akan terus menyediakan kepastian dasar serta mengekalkan rangka kerja fiskal yang berwibawa, manakala pembiayaan inovasi dan pengembangan perniagaan perlu dipacu sektor kewangan serta pelabur swasta.

“Kerajaan boleh menyediakan kepastian dan perlu memastikan asas ekonomi kekal stabil serta boleh dijangka, namun pasaran perlu bersedia mengambil risiko, manakala pelabur pula perlu menyokong syarikat, teknologi dan model perniagaan baharu sebelum hasilnya dapat dilihat dengan jelas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada RHB Progress Series 2026 di ibu negara hari ini, lapor Buletin TV3.

Amir Hamzah berkata, setiap peringkat pertumbuhan syarikat memerlukan bentuk pembiayaan berbeza, bermula daripada modal awal sehingga kepada pembiayaan lebih besar apabila perniagaan berkembang dan mencapai tahap kematangan.

“Kekuatan ekosistem pembiayaan ini bergantung pada hubungan antara setiap sumber modal, supaya syarikat yang berjaya di satu peringkat dapat memperoleh pembiayaan untuk berkembang ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau memberitahu, ekosistem pembiayaan yang lebih menyeluruh akan memudahkan syarikat tempatan mendapatkan akses kepada modal mengikut keperluan, sekali gus menyokong pertumbuhan perniagaan serta pelaburan jangka panjang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img