Kenapa PN keluar Dewan Rakyat…ini penjelasan Takiyuddin

PERIKATAN Nasional (PN) menyifatkan sidang khas di Parlimen hari ini yang hanya melibatkan sesi penerangan menteri berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji amat mengecewakan, terutamanya apabila ia berlangsung tanpa sebarang usul, ketetapan,  mahupun proses pengundian.

Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lebih menyedihkan, Perdana Menteri yang dengan sendiri meminta diadakan Mesyuarat Khas itu gagal hadir bagi menjawab persoalan penting dan mewujudkan proses akauntabiliti yang telus.

‘’ Kegagalan ini menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang, yang telah bersedia sepenuhnya untuk membahaskan isu rakyat ini, memohon agar sidang berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri sendiri dapat hadir bagi memastikan proses tanggungjawab (accountability) dapat dilaksanakan,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah  Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan itu.

Tindakan itu dibuat, selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang meneruskan sesi penerangan tanpa kehadiran Perdana Menteri.

Takiyuddin berkata, isu itu  turut dibayangi oleh prosedur pembentangan laporan yang ganjil.

‘’Lazimnya, sesebuah laporan RCI perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum. Namun, bagi kes RCI Tabung Haji, laporan tersebut telah didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

‘Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di dalam Dewan kini tidak lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika Perdana Menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil-wakil rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata, pihak pembangkang menegaskan bahawa institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat “penerangan sehala” tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna demi kepentingan pencarum Tabung Haji dan integriti kewangan negara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here