Empat termasuk tiga pengarah syarikat didakwa tuntutan palsu PERKESO

TIGA pengarah syarikat dan seorang wanita jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan berasingan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 PERKESO, dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh, Henry Ratnaike, 45; Gan Pay Kiat, 32; Koh Kai Loon, 40, dan Ling Yate May, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharina Farhana Nor Sa’ari, manakala hanya Henry diwakili peguam Ng Fun Boon.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama.

Pendakwaan mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh mengikut pertuduhan masing-masing.

Mahkamah kemudian membenarkan Henry dan Ling diikat jamin RM15,000 setiap seorang, Gan RM13,000 dan Koh RM9,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 14 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here