Lelaki terjun sungai lari pemeriksaan polis ditemukan lemas

SEORANG lelaki yang dipercayai terjun ke Sungai Kampung Gong Mak Som di Besut semalam bagi mengelak daripada pemeriksaan polis, ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 11.30 pagi, kira-kira 250 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang semalam, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan berkaitan kes dadah di kawasan berhampiran sungai tersebut.

“Lelaki itu dipercayai terjun ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut di sebuah bangsal kayu berhampiran lokasi kejadian turut menemukan sejumlah pil disyaki dadah.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here