Beberapa kawasan di Puncak Alam dinaiki air

BEBERAPA kawasan di Puncak Alam dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira sejam pada tengah hari tadi, dengan air sedalam kira-kira 0.3 meter direkodkan di Jalan Persiaran Puncak Alam 6 , Shah Alam

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pemantauan risiko banjir dilakukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya di kawasan berkenaan pada 3.45 petang.

Beliau berkata hasil pemantauan mendapati berlaku limpahan air di atas permukaan jalan dengan kedalaman kira-kira 0.3 meter (satu kaki), namun tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Sementara itu, tinjauan dalam media sosial mendapati beberapa pengguna berkongsi situasi banjir kilat di kawasan Puncak Alam susulan hujan lebat berkenaan.

Pengguna Threads dengan nama akaun dayangd_na berkongsi video keadaan di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam dan memaklumkan air mula naik selepas hujan lebat kira-kira sejam.

“Tak pernah lah banjir baru hujan lebat sejam lebih terus naik air. Nervous kejap sebab risau kereta di luar. Orang-orang Puncak Alam yang lain okey tak tu?,” katanya lapor Bernama.

Seorang lagi pengguna, _xmmmmmmmm berkongsi gambar keadaan banjir di Jalan Medan Puncak Alam serta memaklumkan beliau terpaksa membuat pusingan U selepas beberapa laluan di kawasan berkenaan dinaiki air.

Turut dikongsikan pengguna Threads akhrim_abs_official ialah video yang menunjukkan air memasuki sebuah pusat jualan kereta di Jalan Persiaran Puncak Alam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here