Asyraf Wajdi mulakan saman fitnah RM5 juta kepada beberapa pemilik akaun media sosial

DATUK Dr.Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan peguam beliau, Datuk Adnan Seman untuk menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman fitnah sebanyak RM5 juta kepada beberapa pemiliki akaun media sosial.

Melalui Facebook, Asyraf Wajdi yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, tindakan itu dilakukan kerana individu berkenaan memfitnah dan sengaja mahu memburukkan dan menjatuhkan reputasinya dengan mengaitkan dengan pelbagai isu Tabung Haji.

‘’InsyaAllah, bermula petang ini, secara berperingkat Notis-Notis Tuntutan (LOD) akan mula disediakan dan diserahkan kepada pemilik-pemilik akaun yang berniat jahat untuk memburukkan nama, menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar.

‘’Bukan wang yang saya cari, tapi insyaAllah, Allah akan tunjukkan kebenaran di muka pengadilan. Sebagaimana saman-saman terdahulu, saya bertekad untuk menyalurkan setiap sen wang yang diterima dan ditentukan oleh Mahkamah kelak ke Yayasan Pelajaran MARA untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah,’’ katanya.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi menuntut ganti rugi RM5 juta daripada dua individu yang didakwa memfitnah beliau dengan mengaitkannya dalam isu TH.

Kata beliau  peguamnya sudah diarahkan mengeluarkan LOD terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi AMANAH, Datuk Dr Ismail Salleh serta pemilik akaun media social, Abied Abdullah susulan dakwaan fitnah berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here