Anggota penguat kuasa ditahan reman disyaki terima rasuah RM190,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah menahan reman seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak.

Pemberian itu sebagai balasan membantu proses permohonan kuota subsidi minyak masak daripada sebuah kementerian serta tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat tersebut

Perintah reman selama tiga hari sehingga 16 Ogos ini terhadap suspek telah dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mohd Shazmeer Zamhari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Taiping.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2026.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui 19 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here