Siasatan ke atas Dr.Xavier selesai, tiada keterangan mencukupi untuk dakwa

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan berhubung kes melibatkan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar yang dibuka pada 2021 telah selesai.

Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan,  sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka pada 2021 di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

 ‘’Setelah siasatan dan penelitian terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan dilaksanakan, Timbalan Pendakwa Raya telah membuat keputusan Kemas Untuk Simpan (KUS) kes tersebut pada 2024 kerana tiada keterangan mencukupi untuk menuduh Datuk Dr Xavier,’’ kata SPRM.

Kata kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat selepas SPRM menjalankan penelitian dan siasatan secara menyeluruh terhadap maklumat serta keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

SPRM menjelaskan tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapat, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan yang berkaitan.

‘’Setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,’’ kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara berkenaan memandangkan siasatan telah selesai.

Semalam bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Kua Kia Soong mempersoalkan status siasatan rasuah terhadap Dr. Xavier  memandangkan tiada pengesahan sama ada beliau didakwa, disabitkan kesalahan atau dibebaskan daripada sebarang salah laku.

Kua berkata ketiadaan penjelasan telah mewujudkan jurang akauntabiliti serta menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti institusi yang bertanggungjawab menyiasat rasuah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here