Kementerian Kewangan diarah  kaji cadangan integrasi GST dan SST

KEMENTERIAN  Kewangan diarahkan menjalankan kajian menyeluruh mengenai cadangan mengintegrasikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Jurucakap Kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,  Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kewangan II Datuk Seri  Amir Hamzah Azizan menjalankan kajian tersebut.

“Menteri kewangan II diberikan masa untuk menyediakan laporan dan membawanya semula ke Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajay, hari ini.

Beliau berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru.

“Ini masih di peringkat awal dan Kementerian Kewangan diberi masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru dan melibatkan aspek-aspek pengajaran daripada pelaksanaan sistem GST, isu-isu yang dihadapi berdasarkan sistem SST waktu ini.

Fahmi berkata kajian itu akan meneliti pengajaran daripada sistem GST sebelum ini serta isu-isu yang timbul daripada sistem SST semasa.

Ditanya sama ada suatu tempoh ditetapkan, beliau berkata tiada.

GST, iaitu cukai penggunaan pelbagai peringkat, diperkenalkan pada April 2015 pada kadar 6% sebelum kadar sifar dikenakan pada Jun 2018 dan ia digantikan dengan SST pada September 2018.

Anwar baru-baru ini berkata kerajaan terbuka untuk mengkaji sistem yang menggabungkan unsur GST dan SST bagi mewujudkan struktur percukaian yang lebih progresif.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here