Kerajaan pertimbang perluas Baucar Buku MADANI untuk pelajar IPT luar negara

KERAJAAN mengambil maklum cadangan supaya inisiatif Baucar Buku MADANI di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang pengumuman berkaitan cadangan itu akan dibuat kemudian.

“Baucar Buku MADANI untuk luar negara saya akan pertimbangkan. Saya kata saya timbang dengan rasa simpati dan saya akan pandang serius.

“Saya akan teliti kalau tidak umum 30 Ogos, saya umum 16 September. Kalau tidak umum 16 September depan, saya umum Belanjawan 2027 pada Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Temu Anwar bersama Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026 di Klang hari ini.

Sebelum ini, inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 itu khusus untuk pelajar sekolah menengah di bawah KPM serta mahasiswa di IPT dalam negara.

Bagi 2026, program itu memanfaatkan lebih 2.2 juta pelajar di bawah KPM menerusi peruntukan sebanyak RM221.6 juta.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here