Gempa bumi lemah magnitud 3.4 di Gerik malam tadi

GGEMPA bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di Temenggor, Gerik  pada jam 12.06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut jabatan itu,  pusat gempa terletak kira-kira sembilan kilometer di timur laut Hulu Perak pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Gerik, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

METMalaysia juga memberi jaminan akan terus memantau keadaan dan memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here