Pemandu tertekan pedal minyak, kereta rempuh tembok, rosakkan lima kenderaan

SEBUAH kereta gagal dikawal menyebabkan ia merempuh tembok konkrit parkir sebelum terjatuh ke aras bawah menyebabkan tembok itu runtuh lalu terkena lima buah kenderaan lain di Merdeka Villa, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta berusia 42 tahun yang juga warga tempatan itu sedang bergerak keluar dari parkir pada jam 3 petang.

KEADAAN sebuah kereta yang terbalik dan tersangkut pada struktur bangunan di Merdeka Villa, Ampang semalam. GAMBAR tular

Katanya, kereta itu hilang kawalan kerana pemandunya tertekan pedal minyak lalu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar tembok di hadapan sebelum terjatuh ke aras bawah.

“Akibat dari pelanggaran itu, tembok konkrit yang dilanggar runtuh dan terkena pada lima kenderaan lain yang berada di kawasan parkir aras bawah.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua pihak terbabit sudah hadir membuat laporan polis berkait dengan kemalangan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku berpunca dari kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Kes ini disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here