Polis siasat kejadian tular tiga remaja perempuan bergaduh

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung pergaduhan membabitkan tiga remaja perempuan di Dataran Melang, Kuala Pilah yang kini tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Rabu lalu.

“Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikatakan pergi ke Dataran Melang bersama abangnya untuk bertemu dua kenalan.

“Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan isu salah faham susulan penyebaran gambarnya di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika pertemuan itu, berlaku pergelutan antara pengadu dengan dua individu terbabit sehingga menyebabkan dia tercedera.

“Remaja itu kemudiannya pulang ke rumah bersama ahli keluarga. Susulan itu, dia bersama bapanya pergi ke kediaman seorang individu terbabit untuk berbincang sebelum membuat laporan polis.

“Polis memandang serius kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta pihak yang terbabit,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842 9999 atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Shamsuldalila Mohamad di talian 011-1012 9038 atau mana-mana balai polis berdekatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here