Kanak-kanak lelaki maut terperosok bawah lori

SEORANG kanak-kanak lelaki 12 tahun maut, manakala seorang remaja lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan motosikal dinaiki mereka dengan dua buah lori berhadapan Masjid Batu 3, Jalan Jeniang di Gurun hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.36 petang membabitkan salah seorang mangsa dilapor berada di bawah lori.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak segera ke lokasi bersama dua buah jentera termasuk unit perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Kemalangan membabitkan lori muatan bahan tar dengan motosikal, selain terdapat sebuah treler diletakkan di bahu jalan berhampiran lokasi kemalangan.

“Mangsa berusia 12 tahun itu dipercayai berada di bawah lori dan cedera parah di badan, manakala remaja lelaki 14 tahun pula terselamat.

“Mangsa meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya, lapor Harian Metro.

Anggota bomba kemudian menjalankan kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan itu berada dalam keadaan selamat dan terkawal dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.59 petang.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here