Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang

PAS Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan.

“Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik,” katanya.

Wan Mat berkata demikian ketika menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini, lapor Sinar Harian.

Pas sebelum ini mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU-16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here