Jerebu: Serian catat bacaan IPU 268 jam 3 petang ini

BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian, Sarawak terus menurun kepada 268 setakat jam 3 petang ini.

Hasil semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), menunjukkan IPU itu kini dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, lima lagi lokasi di Sarawak merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat membabitkan Kuching (263); Sri Aman (244); Samarahan (228); Bintulu (209) dan Samalaju (206).

Selain itu, sebanyak 25 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu ILP Miri (190); Mukah (187); Miri (183); Sarikei (179); Sibu (174); Kimanis, Sabah (170); Labuan (169); Limbang (161); Bukit Rambai, Melaka (158) dan Johan Setia (158).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat adalah Batu Pahat, Johor (157); Nilai, Kota Kinabalu, Tangkak, Politeknik Kota Kinabalu (masing-masing 156); Segamat (155); Kluang (154); Seremban, Alor Gajah dan Larkin (masing-masing 153); Kapit (152); Balok Baru Kuantan (151); Putrajaya (134); Pasir Gudang (111); Bandaraya Melaka dan Rompin Pahang (104).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here