EMPAT maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori di Jalan Telupid-Sandakan di Telupid hari ini.
Identiti semua mangsa bagaimanapun belum diperoleh dengan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamaluddin berkata, keempat-empat mangsa dalam kereta Proton Saga dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
“Pemandu lori cuma mengalami kecederaan ringan. Tiada liputan telefon di lokasi kejadian dan maklumat semua mangsa belum diperoleh,” katanya lapor Harian Metro.





