Kemalangan di LPT: Lebih 30 motosikal terbabit, 20 mangsa cedera – Polis

POLIS mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mangsa tercedera dalam nahas mengorbankan empat nyawa di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor di Kuantan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah turut mengesahkan lebih 30 motosikal terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu.

“Seramai 20 mangsa disahkan cedera dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kemalangan membabitkan lebih 30 motosikal,” katanya melalui kemas kini kes itu kepada media hari ini.

Terdahulu, media melaporkan empat penunggang motosikal maut dengan beberapa lagi cedera selepas kumpulan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dan sebuah kereta terbabit kemalangan ketika berkonvoi menuju Kemaman.

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, serta Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika dirawat di HTAA.

Kemalangan turut menyebabkan seorang penumpang kereta iaitu seorang remaja berusia 13 tahun cedera pada tengkuk, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img