Lelaki cedera ditikam ketika bekerja di Pasar Borong KL

SEORANG lelaki cedera akibat ditikam individu tidak dikenali ketika bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditikam secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zulpa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada rakan mangsa pada jam 1.30 petang tadi.

“Mangsa ditikam oleh seorang suspek tidak dikenali sewaktu sedang bekerja.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasni berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan punca kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here