SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah membebaskan seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman bersabit isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.
Suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan reman selama empat hari sehingga 16 September 2026 dan beliau telah dibebaskan sebaik tempoh reman terhadapnya tamat.
Bagaimanapun suspek dikehendaki melaporkan diri di SPRM Kedah setiap bulan dan perlu hadir sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.





