Kenderaan bawa Peguam Negara, Hannah Yeoh masuki Istana Negara

KENDERAAN dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilihat memasuki Istana Negara, pagi ini.

Kenderaan membawa Hannah tiba sekitar jam 7.48 pagi, disusuli Mohd Dusuki kira-kira 10 minit kemudian melalui Pintu Istana 2, dipercayai bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi dengan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Petugas media mula berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Negara sejak jam 7 pagi ini bagi mendapatkan maklumat mengenai mesyuarat berkenaan.

Semalam, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadualkan bermesyuarat semula hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas ia ditangguhkan pada minggu lalu.

Lembaga itu dilaporkan akan bersidang dengan permohonan Najib menjadi satu-satunya perkara dalam agenda.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi mengenai mesyuarat berkenaan setakat berita ini ditulis.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here