Belum sehari kenal, pasangan dicekup berkhalwat di bilik sewa

PASANGAN lelaki dan wanita masing-masing berusia 21 dan 20 tahun ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Sungai Udang, Melaka, pagi semalam.

Sumber JAIM berkata, pasangan terbabit dipercayai baru beberapa jam berkenalan menerusi aplikasi sosial sebelum keluar bersarapan bersama.

Katanya, kedua-duanya mula berhubung menerusi aplikasi sosial kira-kira jam 8 pagi sebelum lelaki berkenaan mengajak wanita itu keluar bersarapan.

“Selepas sarapan, mereka pergi ke sebuah bilik sewa kira-kira jam 11 pagi dan pergerakan mereka kemudian menimbulkan kecurigaan.

“Seorang imam bersama anggota polis kemudian menahan kedua-duanya sebelum mereka diserahkan kepada JAIM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, JAIM berkata, perkongsian video kejadian seumpama itu di aplikasi TikTok bukan bertujuan membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan dan pendidikan kepada masyarakat supaya lebih peka terhadap keadaan sekeliling.

Sehubungan itu, ibu bapa turut dinasihatkan memantau penggunaan telefon bimbit dan aplikasi sosial anak masing-masing bagi memastikan keselamatan serta pergaulan mereka sentiasa berada dalam perhatian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here