Agong perkenan pengampunan bersyarat kepada Najib, jalani baki hukuman tahanan di rumah

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media hari ini.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda Ringgit Malaysia Lima Puluh Juta sahaja (RM50,000,000.00),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Najib hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat berkenaan, pengampunan bersyarat itu terbatal.

“Dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” maklum kenyataan itu.

Kenyataan turut memaklumkan, pengampunan bersyarat berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here