Polis minta penduduk Tasik Bera tidak halang penguat kuasa

POLIS meminta penduduk tempatan di sekitar Hutan Simpan Pemuliharaan Tasik Bera supaya tidak menghalang anggota penguat kuasa menjalankan tugas ketika operasi dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata penduduk sebaliknya diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi penguatkuasaan yang kini menjalankan kerja pengukuran semula tapak hutan simpan terbabit.

“Kita meminta masyarakat di sekitar Tasik Bera beri kerjasama penuh dan tidak menghalang penjawat awam menjalankan tugas kerana boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media selepas Program Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini, lapor BH.

Pada 15 September lalu, polis menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas ketika operasi dilaksanakan di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasik Bera.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta Pasukan Gerakan Am (PGA), menjalankan operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Ketika operasi berkenaan, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 60-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here