Kerajaan sokong industri kreatif ke peringkat antarabangsa – PM

KERAJAAN memberi jaminan akan terus menyokong penggiat seni dan industri kreatif tempatan bagi memastikan lebih banyak karya bermutu tinggi dapat dihasilkan, sekali gus mengangkat martabat seni serta budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tersebut selari dengan potensi besar hasil seni tempatan untuk bersaing di pentas global.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyaksikan teater muzikal `Mansur dan Liu’ arahan Datuk M Nasir (kiri) di Panggung Sari di Istana Budaya malam tadi. Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkesempatan menyaksikan pementasan teater muzikal `Mansur dan Liu’ arahan seniman ulung, Datuk M Nasir di Panggung Sari di Istana Budaya, malam tadi.

“Tahniah dan syabas kepada Dato’ M Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan, sekali gus membuktikan bahawa hasil seni tempatan mampu diangkat ke tahap yang membanggakan,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Muzikal berkenaan yang diadaptasi daripada karya agung Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin menghidupkan kisah hubungan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu.

Anwar menambah, pementasan tersebut secara tidak langsung menggambarkan keutuhan hubungan diplomasi, budaya, dan sejarah yang telah terjalin antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming sejak era berzaman.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here