Pendaki terjatuh di Kem Tudung Periuk dibawa keluar pasukan penyelamat

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Gua Musang membawa turun seorang pendaki yang dilaporkan terjatuh ke kawasan curam ketika melakukan pendakian di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk di Gua Musang semalam.

Mangsa, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, dipercayai terpisah daripada kumpulannya selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, beliau bersama tiga lagi anggota ke lokasi kira-kira jam 6.30 pagi ini.

“Jarak dari BBP Gua Musang ke lokasi kejadian lebih 90 kilometer. Keadaan cuaca di sini ketika ini masih hujan renyai-renyai,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Media semalam melaporkan JBPM Kelantan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke kawasan curam selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here