Dua pelajar maut di Langkawi, motosikal dinaiki bertembung kereta ketika pulang sekolah

DUA pelajar lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan di Jalan Nyior Chabang, di Langkawi, hari ini, ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata dalam kejadian 1.51 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang berusia di bawah 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Simpang Kenyum menuju ke Nyior Chabang.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai memotong dua kereta yang datang dari arah sama, sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha di Langkawi untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris.

“Tiga pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka di sekitar kawasan berkenaan diminta tampil membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here