Dua beranak direman berhubung kematian wanita OKU ditusuk

DUA beranak direman bagi membantu siasatan kematian seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dengan kesan tusukan di anggota badan di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar, semalam.

Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin membenarkan perintah reman terhadap dua suspek berusia 15 dan 44 tahun itu bermula hari ini.

Remaja lelaki berusia 15 tahun direman dua hari sehingga esok, manakala bapanya yang juga suami mangsa direman tujuh hari sehingga Rabu depan.

Kedua-duanya direman bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor BH.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 44 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada jam 8.33 pagi dengan dikawal polis, disusuli anaknya kira-kira 20 minit kemudian.

Dua beranak itu kemudian dilihat meninggalkan mahkamah dengan menaiki kenderaan polis kira-kira jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, dua ahli keluarga mangsa ditahan susulan kematian wanita berusia 49 tahun itu bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Mangsa ditemukan berlumuran darah dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tusukan pisau pada betis.

“Pemerhatian di lokasi turut mendapati terdapat kesan darah dari bahagian celahan lantai papan rumah itu yang menitis ke bahagian tanah bawah rumah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here