Pekerja wanita maut tersepit pada mesin pengangkat

SEORANG pekerja wanita maut selepas dipercayai tersepit pada mesin pengangkat (lifter) di sebuah premis di kawasan Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.

“Mangsa warga tempatan itu dibawa ke klinik kesihatan berhampiran jam 11.20 pagi selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan wanita tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya .

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here