PM ucap tahniah skuad sepak takraw tamat penantian emas 36 tahun Sukan Asia

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad sepak takraw lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas acara regu berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih emas dalam acara itu, yang juga merupakan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di temasya itu setakat ini, merupakan kemenangan amat bermakna dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Syabas anak-anak Malaysia. Teruskan mengharumkan nama negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, skuad sepak takraw negara meraih emas acara regu berpasukan lelaki, selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Paloma Mizuho Arena.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian sama pada Sukan Asia 1990 di Beijing, selain menghadiahkan Malaysia pingat emas keempat pada temasya berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here