DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada badang negara, Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaan meraih pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Mohamad Aniq mengesahkan kejuaraan selepas mengungguli kategori 60 kilogram (kg), selain turut memecahkan dua rekod temasya menerusi acara clean & jerk serta jumlah angkatan keseluruhan apabila mengumpul 273kg hasil angkatan 121kg dalam snatch dan 152kg dalam clean & jerk.
Anwar berkata, detik bermakna itu membakar semangat atlet negara di Sukan Komanwel Glasgow untuk terus memburu kejayaan dan membawa pulang lebih banyak pingat.
“Tahniah Mohamad Aniq atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Glasgow!.
“Seluruh negara berbangga dengan kejayaan saudara mengharumkan nama Malaysia.
Doa seluruh rakyat mengiringi perjuangan kalian,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.






