Laungan azan Subuh terakhir, bilal maut dalam kemalangan

SEORANG bilal maut dalam kemalangan sebuah motosikal dan dua kereta di persimpangan lampu isyarat Bedong, Kedah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa, lelaki warga emas berusia 79 tahun yang menunggang motosikal, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kejadian,” katanya lapor Buletin TV3.

Mangsa yang lebih dikenali sebagai Pakcik Malik ialah bilal Surau Darul Hannan, Taman Rasa Sayang, Bedong.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, penduduk yang mengenali mangsa menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi pihak surau menerusi media sosial, yang menyifatkan laungan azan Subuh pagi tadi sebagai laungan terakhir Pakcik Malik.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada, siddiqin dan solihin,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here