Asyraf Wajdi gesa hentikan filem, drama paparkan adegan buli

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar penerbitan filem dan drama yang memaparkan aksi buli dihentikan kerana bimbang kandungan berkenaan boleh mendorong golongan muda meniru perlakuan terbabit.

Katanya, karya yang bertujuan memberi kesedaran mengenai gejala itu secara tidak langsung dikhuatiri boleh mempromosikan perbuatan berkenaan.

“Dan akhirnya anak-anak muda berlagak seperti ‘taiko’ dan ‘otai’,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu dipercaya merujuk kes terbaru yang berlaku di Kuala Pilah apabila polis Negeri Sembilan membuka kertas siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah sukan.

Pelajar berkenaan meninggal dunia semalam, manakala keluarganya mendakwa mangsa diserang seorang pelajar senior.

Susulan kejadian kira-kira jam 8 malam di asrama sekolah itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh.

Mengulas lanjut,  Asyraf melahirkan  kesedihan berhubung kematian pelajar terbabit.

“Jika apa yang didakwa itu benar, tindakan wajib diambil serta-merta,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here