Kelindan maut, pemandu cedera parah kemalangan dua lori di LPT 2

SEORANG  kelindan maut manakala pemandu cedera parah dalam nahas melibatkan dua lori di Kilometer 328.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), arah Kuala Terengganu dekat Kerteh di Chukai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kemalangan pada 5.30 pagi itu menyebabkan Mohd Nurarif Kassim, 27, dari Bukit Rambai, Melaka meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari lori terbabit.

“Kemalangan berlaku apabila lori jenis Hino dipandu di lorong kiri dipercayai melanggar bahagian belakang lori jenis Nissan yang bergerak di lorong sama.

“Akibat perlanggaran itu, lori Hino berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori Hino Mohammad Izzuan Kemi, 32, kini dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan Hospital Dungun manakala pemandu serta kelindan lori Nissan tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here