Saravanan, isteri dan dua anak hadir ke SPRM terima notis pengisytiharan harta

BEKAS Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bersama-sama isteri dan dua anaknya hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Dua kenderaan berwarna hitam dipercayai membawa Saravanan dan keluarganya memasuki bangunan ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya kira-kira jam 9.15 pagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini dilaporkan berkata, SPRM akan menyerahkan notis kepada Saravanan, isteri dan tiga anaknya supaya mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh sebulan, manakala seorang lagi anaknya pada November kerana masih berada di luar negara.

Abd Halim turut berkata, mereka telah dimaklumkan dan akan hadir ke ibu pejabat SPRM bagi penyerahan notis tersebut, dengan tempoh 30 hari diberikan untuk berbuat demikian, manakala lanjutan masa akan diberikan sekiranya tempoh berkenaan tidak mencukupi dan permohonan dikemukakan.

Saravanan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat yang didakwa dilakukan empat tahun lepas.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here