LESTARI pacu agenda kelestarian sektor komunikasi dan multimedia menuju 20230

MENTERI Komunikasi,  Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menyempurnakan pelancaran LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian 2030 (Sustainability Framework and Roadmap 2030 – SFR2030), rangka kerja strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menetapkan hala tuju kelestarian sektor telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier menuju 2030.

MCMC dalam kenyataan berkata, melalui LESTARI, MCMC bersama pemain industri akan menggerakkan tindakan yang akan memberi impak nyata kepada rakyat dan alam sekitar menjelang 2030.

‘’ Inisiatif ini menyokong peralihan sektor komunikasi dan multimedia ke arah aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, di samping memperkukuh ekonomi kitaran melalui pengurangan sisa elektronik, pemanjangan hayat peranti dan peningkatan akses kepada teknologi yang lebih mampu milik.

Menurut MCMC, peranti yang masih boleh digunakan akan dibaik pulih dan digunakan semula, sekaligus membantu mengurangkan kos pemilikan peranti serta memperluas akses kepada teknologi, khususnya bagi golongan rentan dan berpendapatan rendah.

Menjelang 2030, LESTARI menyasarkan 15 juta peranti diurus secara lestari melalui penggunaan semula, naik taraf atau penggantian kepada teknologi yang lebih cekap, serta kitar semula secara bertanggungjawab.

‘’Selain manfaat kepada alam sekitar melalui pengurangan e-sisa dan penggunaan sumber yang lebih cekap, inisiatif ini juga dijangka memberi manfaat kepada 5 juta rakyat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan oleh MCMC bersama pemain industri,’’ kata MCMC.

MCMC memberitahu, rangka kerja ini menterjemahkan aspirasi kemampanan negara kepada tindakan di peringkat sektor, selaras dengan Malaysia MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13, National Energy Transition Roadmap (NETR), komitmen iklim Malaysia serta aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal tahun 2050.

Kata MCMC, dibangunkan bersama industri melalui sesi libat urus melibatkan 116 peserta daripada 47 organisasi, LESTARI menyediakan hala tuju bersama bagi menggerakkan agenda kelestarian secara lebih tersusun dan bersepadu berlandaskan tiga teras utama:

(i) Kelestarian Iklim dan Alam Sekitar – kecekapan tenaga, pengurangan pelepasan karbon, tenaga boleh baharu, ekonomi kitaran dan daya tahan infrastruktur;

(ii) Impak Sosial dan Keterangkuman – keterangkuman, keselamatan,

kemahiran dan kesejahteraan rakyat; dan

(iii) Teknologi dan Inovasi – penggunaan teknologi, kecerdasan buatan (AI)  dan inovasi rendah karbon untuk mempercepatkan penyelesaian kelestarian.

‘’Pelaksanaan LESTARI akan dipantau secara berkala berdasarkan sasaran dan petunjuk yang ditetapkan bersama industri bagi memastikan setiap inisiatif mencapai hasil yang disasarkan,’’ kata MCM.

MCMC memberitahu, turut diperkenalkan, Net Zero & Circularity Alliance (NZCA), platform kerjasama industri untuk mengurangkan pelepasan karbon serta memperluas usaha pengumpulan, penggunaan semula dan kitar semula peranti secara lebih tersusun.

‘’Sebagai tanda komitmen awal terhadap agenda kelestarian sektor komunikasi dan multimedia, 15 organisasi daripada pelbagai segmen ekosistem digital telahmenandatangani ikrar sokongan kepada LESTARI dan NZCA,’’ kata MCM.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here