JENAZAH Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan kira-kira jam 2.55 petang tadi.
Sebelum itu, jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dibawa dari kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
Di kediaman Allahyarham, ahli keluarga, rakan terdekat dan beberapa tokoh politik berkumpul di kediaman itu untuk memberi penghormatan terakhir.
Kenderaan berasingan yang membawa Dr Mahathir turut tiba di masjid berkenaan.
Turut kelihatan di masjid itu ialah ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan rapat.
Allahyarham Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.
Solat jenazah dijangka diadakan di masjid itu selepas solat Asar. Jenazah Dr Siti Hasmah kemudian akan dikebumikan di Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya selepas itu.




