Dua warga Myanmar pukul koperal direman empat hari

DUA lelaki warga Myanmar yang terlibat mencederakan seorang anggota polis selepas ditegur kerana membuat bising direman selama empat hari bermula 26 September hingga 29 September ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu sebelum direman bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan pada Jumaat sebelum direman bermula 26 September hingga 29 September ini,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, seorang koperal polis cedera dipukul dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, anggota polis berkenaan pergi ke lokasi selepas menerima aduan penduduk mengenai dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising di tepi jalan.

Dalam perkembangan sama, Azry Akmar berkata, anggota terbabit yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis telah dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah.

“Tiada rawatan susulan diperlukan berkaitan kecederaan patah tulang hidung atau kecederaan pada buku lali,” katanya.

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here