Presiden Myanmar, Mesir dijangka kunjungi Malaysia minggu depan

MALAYSIA dijangka menerima kunjungan beberapa pemimpin asing minggu depan termasuk Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kunjungan pemimpin terbabit merangkumi lawatan rasmi, kerja dan negara.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Aung Hlaing dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara berkepentingan bersama.

“Antara pimpinan asing yang dijadualkan datang ialah Presiden Myanmar untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri.

“Presiden Mesir pula dijangka tiba pada Jumaat minggu depan selepas pembentangan Belanjawan 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata, butiran lanjut berhubung jadual lawatan serta ketibaan pemimpin terbabit boleh dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra.

Menurutnya, lawatan berkenaan dijangka menjadi antara penglibatan diplomatik penting Malaysia dengan beberapa negara asing dalam tempoh terdekat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here