MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai barisan Exco Kerajaan Negeri itu menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd, di Pusara Negara, Putrajaya.
Ziarah itu dilakukan selepas mereka selesai menghadiri mesyuarat Exco.
Menurut ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat, mereka turut meluangkan masa membaca tahlil dan memanjatkan doa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
‘’Negara kehilangan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam pembangunan wanita dan rakyat ketika menjadi isteri Perdana Menteri Malaysia. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada institusi Keluarga di negara dan Negeri Kedah,’’ katanya melalui Facebook beliau.
Katanya, mereka turut menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Endon Mahmood serta menghadiahkan bacaan tahlil dan doa.
‘’Semoga segala jasa, pengorbanan dan sumbangan kedua-dua tokoh wanita negara ini terus dikenang,’’ katanya.





