Dua warga Myanmar didakwa cederakan anggota polis

DUA warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, bulan lalu.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berusia 26 dan 30 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh yang memohon supaya tiada jaminan ditawarkan kerana kedua-dua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di Malaysia.

Hakim Siti Hajar Mustaffa kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa Myanmar hadir di mahkamah.

Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dipukul dua lelaki Myanmar selepas menegur mereka membuat bising di Kampung Pamah Kulat, di sini, pada 25 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob dilaporkan berkata, anggota berkenaan bertindak demikian selepas menerima aduan penduduk mengenai suspek yang disyaki mabuk dan memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here