Dua beradik hilang enam hari akhirnya pulang ke rumah

DUA beradik perempuan yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu akhirnya selamat pulang ke rumah mereka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu pulang sendiri ke rumah selepas berada di rumah seorang rakan.

“Kedua-dua mereka telah selamat kembali ke rumah awal pagi tadi. Mereka pulang sendiri selepas berada di rumah seorang kawan,” katanya ringkas, hari ini.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Syazana dan adiknya, Nur Qistina selepas kedua-duanya dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Syazana dilaporkan keluar dari rumah di Lembah Jaya Utara kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu untuk makan bersama rakannya di kawasan berhampiran.

Manakala Nur Qistina dilaporkan keluar kira-kira jam 9 pagi keesokan harinya selepas memaklumkan mahu menghadiri karnival sekolah di SMK Taman Kosas.

Kehilangan kedua-dua beradik itu kemudian dilaporkan oleh ibu mereka kepada pihak polis.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here