PM ucap tahniah, Malaysia raih sembilan emas di Sukan Asia

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia selepas negara kini mengumpul sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Perdana Menteri menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang membanggakan, selain menghargai usaha atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Kontinjen negara menambah tiga emas hari ini menerusi acara keirin lelaki, skuasy wanita berkumpulan dan skuasy lelaki berkumpulan.

Emas keirin lelaki disumbangkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang manakala skuad skuasy wanita yang dibarisi Aifa Azman, S. Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold turut muncul juara.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Pingat emas ketiga pula hadir menerusi pasukan lelaki yang diwakili Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, C Ameeshenraj dan Mohammad Syafiq Kamal.

Dalam hantaran sama, Anwar turut memberi perhatian kepada cabaran kontinjen negara yang akan diteruskan esok menerusi dua acara.

Menurut beliau, gandingan padel lelaki, Christian Didier Chin dan Aidan Yunus akan turun memburu emas, selain skuad hoki lelaki yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir.

Anwar turut mengajak rakyat Malaysia mendoakan kejayaan atlet negara yang akan meneruskan perjuangan pada hari berikutnya.

“Sama-sama kita doakan kejayaan mereka,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here