DUA peserta larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 cedera dalam cedera satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal, di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Zamzuri Isa berkata, seorang wanita berusia 50 tahun cedera di bahagian leher manakala seorang lelaki berusia 41 tahun cedera pada lutut dan tangan, dalam kejadian di Jalan Munshi Abdullah, pada 6.15 pagi itu
Katanya, Seorang penunggang motosikal dan pembonceng telah direman bagi membantu siasatan, masing-masing berusia 21 tahun dan 19 tahun.
‘’ Siasatan awal polis mendapati penunggang dan pembonceng terbabit telah melepasi laluan yang ditutup menggunakan kon.Penunggang telah diarahkan berhenti oleh anggota polis yang sedang menjalankan penugasan penutupan jalan, namun dipercayai bertindak melarikan diri secara melawan arus sebelum melanggar dua peserta marathon yang sedang berlari,” kata dalam kenyataan.
Wanita itu sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Ppenunggang motosikal direman selama tiga hari sehingga 5 Oktober, manakala pembonceng direman selama dua hari sehingga esok. Saringan awal alkohol terhadap penunggang menunjukkan keputusan positif, dengan bacaan EBA (alat penguji nafas) sebanyak 164mg/100ml.
Penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi pengambilan sampel darah dan air kencing untuk siasatan lanjut.





