Lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta terbabas ke dalam sungai

SEORANG  lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di Sungai Petani awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur.

Warga emas yang dipercayai hilang selepas kereta terbabas ke dalam sungai.

“Pada awalnya, pemandu dipercayai tenggelam bersama-sama kenderaan namun setelah kereta dinaikkan ke darat menggunakan kren, mangsa didapati tiada di dalamnya. Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kereta terbabit rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here