Polis tahan anggota tentera bersama sepucuk pistol, peluru, cecair disyaki ketum

SEORANG anggota tentera ditahan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kereta di sebuah kem tentera di Kuala Lumpur, Selasa lalu

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Lim Chun How berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, kira-kira 12.42 tengah malam.

“Hasil semakan mendapati anggota tentera itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota terbabit telah direman lima hari hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan tempoh reman itu dilanjutkan lima hari lagi hingga 8 Okt.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here