Lee Chean Chung sertai parti Bersama

BEKAS pemimpin PKR, Lee Chean Chung hari ini menghantar borang untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) selepas tiga hari meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat.

Perkara itu disahkan Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Puchong hari ini.

“Kami mengalu-alukan kehadiran saudara Lee Chean Chung sebagai seorang pemimpin Bersama.

“Beliau (Chean Chung) menghantar permohonan untuk menyertai Bersama pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tatacara keahlian Bersama,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Chean Chung.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai wakil rakyat berkenaan tanpa syarat, berkuat kuasa hari yang sama.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilaporkan berkata, surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kira-kira jam 3 petang Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima surat daripada PKR pada Rabu lalu yang memaklumkan keahliannya dalam parti digantung selama tiga tahun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here